DEWAN PERNIAGAAN PERMUAFAKATAN USAHASAMA MALAYSIA

Sistem Integerasi usahawan Malaysia

user-image
Gabungan Permuafakatan Usahawan Malaysia
user-image
img
500+ Rakan Strategik
img
4+ Mari Bergabung
img
11+ Language
img

Perkasakan Perniagaan Anda untuk Terus Maju Bersama Kami.

Platform Penyatuan Usahawan Malaysia

  • Sokongan Bisnes & Bimbingan Pakar
  • Program Latihan & Pembangunan Profesional
  • Akses Kepada Peluang Perniagaan Baharu
  • Perhubungan Profesional dan Pemadanan Perniagaan
  • Suara Kolektif Usahawan
  • Akses Kepada Komuniti Usahawan Eksklusif
  • Promosi & Publisiti Untuk Usahawan
  • Ekosistem Bisnes Yang Holistik

Tentang Kami

DPPUM menyatukan NGO dan Usahawan untuk menguatkan ekosistem dan memperkasakan ekonomi serta komuniti melalui kerjasama.

  • Menjadi platform penghubung usahawan dan NGO untuk ekonomi tempatan.
  • Menyediakan ruang kerjasama antara NGO dan usahawan.
  • Membuka peluang perniagaan dan jaringan melalui NGO.
  • Meningkatkan daya saing usahawan dengan sokongan komuniti.
  • Memperkenalkan produk tempatan ke pasaran lebih luas.
  • Memberi impak positif kepada masyarakat melalui kerjasama.
  • Akses lebih luas melalui rangkaian NGO dan usahawan.
  • NGO memberi sokongan, usahawan menyumbang dana dan penajaan.
  • Mewujudkan peluang perniagaan dan kesedaran sosial.
img

Galeri

Galeri Aktiviti dan Program DPPUM

img

Memperkasakan Usahawan Bumiputera Melalui Kerjasama DPPUM

Acara yang mempertemukan komuniti usahawan Bumiputera dengan NGO bagi memperkasakan ekonomi dan memperluas jaringan perniagaan. Acara ini bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan Bumiputera untuk berkembang dan meningkatkan perniagaan mereka di peringkat nasional.

img

Memperkukuhkan Kerjasama Ekonomi dan TVET melalui MoU Antarabangsa

Majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) ini menyaksikan kerjasama strategik untuk menyokong program yang berkaitan dengan keusahawanan, TVET, tenaga kerja, dan perdagangan rentas sempadan, seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan ekonomi antara Malaysia, Indonesia, dan Thailand, dengan fokus pada pembangunan kemahiran global.

img

Memperkasa Golongan Belia melalui Latihan Kemahiran TVET

Peserta dari Malaysia, Indonesia, Filipina, dan Thailand berkumpul dalam acara yang memfokuskan pada pengembangan kemahiran TVET untuk golongan belia, dengan tujuan meningkatkan kemahiran bertaraf global dalam Program Latihan Buruh Asing di Malaysia.

img

Penandatanganan MoU DPPUM dan Kadin untuk Memperkukuhkan Ekonomi dan TVET Global

Majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara DPPUM dan Kadin yang berlangsung di Dumai, Indonesia. Majlis ini bertujuan memperkukuhkan ekonomi dan hubungan dagangan antara Malaysia dan Indonesia, serta memperkasakan program TVET bertaraf global.

Keistimewaan Kami

Usahawan & NGO

Sokongan & Latihan

Peluang Jaringan

Peluang Perniagaan

Sokongan Komuniti

Promosi Produk

Ekosistem Holistik

Kolaborasi & Inovasi

img

Frequently Asked Questions (FAQ)

Sila rujuk FAQ untuk mendapatkan bantuan segera.

DPPUM adalah sebuah organisasi usahawan yang ditubuhkan untuk menyatukan peniaga dari seluruh Malaysia, membuka peluang kerjasama, menyediakan latihan, serta membantu meningkatkan pertumbuhan dan kredibiliti perniagaan.

Mana-mana individu, usahawan, peniaga kecil, PKS, pengilang, pembekal, pengedar, koperasi atau syarikat yang ingin mengembangkan rangkaian dan peluang perniagaan boleh menyertai.

Anda boleh mendaftar melalui borang keahlian di laman web rasmi atau melalui wakil DPPUM. Maklumat asas seperti nama, butiran syarikat dan maklumat hubungan diperlukan.

Ahli akan menerima akses kepada program pembangunan usahawan, peluang bisnes, business matching, latihan, sijil keahlian, bahan sokongan digital, serta rangkaian usahawan seluruh negara.

Ya, DPPUM menganjurkan pelbagai program seperti seminar, latihan, networking, forum perniagaan, kolaborasi industri dan program pembangunan ekonomi.

DPPUM tidak berkongsi maklumat ahli kecuali untuk tujuan berkaitan program, kerjasama rasmi, atau jika diwajibkan oleh undang-undang. Semua maklumat dikendalikan mengikut Polisi Privasi.

Ahli hanya boleh menggunakan logo atau nama DPPUM mengikut garis panduan rasmi. Penggunaan untuk tujuan komersial mesti mendapat kebenaran bertulis.

Anda boleh menghubungi sekretariat DPPUM melalui e-mel, nombor telefon atau media sosial rasmi untuk maklumat lanjut.